Tips penjagaan buah pinggang


Tips penjagaan buah pinggang 

Umumnya, diet yang seimbang serta pengambilan air yang cukup sudah memadai untuk memastikan buah pinggang kita akan kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Namun begitu, saya ingin berkongsi beberapa tips tambahan supaya kita dapat memastikan buah pinggang kita kekal sihat.

Mengawal tekanan darah dan gula dalam darah kita.

Ini adalah kerana antara dua punca utama peny4kit buah pinggang adalah berpunca dari penyakit kenc*ng manis dan tekanan darah tinggi. Jumlah glokosa yang tinggi dalam d4rah boleh merosakkan berjuta-juta unit penapisan kecil dalam buah pinggang kita. Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan saluran kecil di dalam buah pinggang kita. Saluran darah yang telah rosak tidak akan berupaya menapis bahan-bahan buangan dalam darah kita seperti yang sepatutnya.

Kurangkan pengambilan daging

Kandungan protein haiwan yang tinggi akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik di mana asid urik merupakan punca dalam pembentukan batu asid urik dan juga penyakit g0ut.

Minum air yang mencukupi

Air membantu untuk mengepam keluar toks1n dan menghalang terjadinya batu karang. Namun begitu jangan minum air dalam kuantiti yang banyak sekaligus, sebaliknya minum dalam  kadar yang sedikit tapi kerap dan sepanjang hari.

Jauhi tabiat mer0kok

Merok*k bukan sahaja meningkatkan risiko peny*kit buah pinggang tetapi juga menyumbang juga kepada kemati4n akibat str*k dan serangan jantung.

Kurangkan kafein

Kafein boleh bertindak sebagai deuritik yang menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan melalui proses penyahidratan. Ini akan menyebabkan buah pingggang kita terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan menyebabkan tekanan yang berlebihan.

Semoga tips penjagaan buah pinggang ini dapat memberi manfaat untuk meningkatkan kesihatan buah pinggang dan keseluruhan tubuh badan kita.

Subscribe to receive free email updates: