CARA KELUAR DARI KESULITAN HIDUP
1. Zikir atau doa Nabi Yunus
Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita: LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN. Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.
Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insya Allah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.
Memang ajaib!!
Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman. Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.
Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT. Insya Allah, makbul. Kan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
2. Zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk keluar dari masalah atau kesulitan hidup
1.Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.
2.Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.
3.Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz.
4.Jangan kedekut nak belanja orang makan.
5.Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua.
6.Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita.
7.Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.
8.Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.
9.Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk keluar dari kesulitan hidup. Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.