Doa Nabi Muhammad SAW Kepada Anas Bin Malik Ini Yang Membuatkan Beliau Menjadi Kaya Raya Rezeki Berganda


Doa Nabi Muhammad SAW Kepada Anas Bin Malik Ini Yang Membuatkan Beliau Menjadi Kaya Raya. Jom Amalkan Setiap Pagi Mulai Sekarang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Soal Jawab Agama Siri 27 adalah menjawab persoalan doa Rasulullah kepada Anas bin Malik,

Bolehkan ustaz huraikan kisah sahabat Rasulullah SAW yang bernama Anas bin Malik dan doa Nabi SAW kepada beliau iaitu doa untuk murah rezeki dan panjang umur?

Anas bin Malik bin Nadhr Al-Anshari Al-Khazraji adalah seorang shahabat nabi yang memiliki harta banyak dan berumur panjang. Ketika Rasulullah Salallahu’ Alaihi Wasallam hijrah, Anas masih sangat kecil, berusia sepuluh tahun. Sejak kecil ia menjadi pelayan Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam selama kurang lebih sepuluh tahun.

Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bercerita: “Dahulu ibuku membawaku menghadap Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam.” Berkata Ummu Anas: “Wahai Rasulullah, ini si kecil Anas, aku bawa ia kepadamu agar berkhidmat untukmu. Doakanlah untuknya wahai Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam!”

Rasulullah berdoa:

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.

“Allahumma Aktsir Malahu Wa waladahu wa baarik lahu Fiima Rozaqtahu.” Maksudnya : “Ya Allah perbanyaklah hartanya dan anak-anaknya, dan berkahilah apa yang Engkau anugerahkan padanya !” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesan daripada doa tersebut, Allah SWT telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”

Doa khusus Nabi S.A.W kepada Anas Bin Malik :

Allahumma , aksir maalahu, wa waladahu, wa wassiqlahu fiddarihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: “Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya, luaskanlah rumahnya, berkatilah dia pada semua kurniaan-Mu kepadanya, perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.”

Mengikut catatan Anas bin Malik r.a. memang kaya, mempunyai anak seramai 120 orang, umur ketika meninggal dunia pada umur 104 tahun (93 H) dan meriwayatkan 2200 hadis Nabi SAW.

Abul ‘Aliyah Ar-Rayahi (tabi’in) berkata: “Anas bin Malik memiliki sebuah kebun kurma yang selalu berbuah dua kali dalam setahun.” (Tidak sebagaimana kebun pada umumnya yang berbuah hanya sekali)

Berdasarkan doa Nabi SAW di atas kita boleh amalkan untuk diri kita sendiri :

“Ya Allah, perbanyakkan hartaku dan anak-anakku, luaskanlah rumahku, berkatilah aku pada semua kurniaan-Mu, perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku”

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat fardu dan di waktu 1/3 akhir malam.

Sumber: facebook Abu Basyer via adamhawa

Subscribe to receive free email updates: