Ini amalan mak saya utk murah rezeki. Tak putus, saat duit nk habis je, ada je rezeki masuk


Ini amalan mak saya utk murah rezeki. Tak putus, saat duit nk habis je, ada je rezeki masuk
Kami kongsikan sebuah kisah moti vasi dan peringatan untuk kita sama-sama amalkan agar jadi pembuka rezeki buat kita semua. Insya-Allah.

Tadi masa balik dari rumah mak, masa nak salam mak tu, aku sempatlah cakap kat mak..

“Mak, doakanlah alang ni ya.. Sihat.. Kaya..”

Bila aku sebut kaya je.. Mak pandang aku..

“Kenapa mak? Tak boleh ke jadi kaya. Alang nak jadi kaya macam Abu Bakar Assiddiq, macam Uthman Affan..” aku balas terus sebab tengok muka mak pelik je..

“Boleh.. Bacalah doa selalu”

Jadi posting kali ni aku nak share doa yang mak aku ajar.

Mak aku ni memang spesel tau.. Rezekinya memang selalu murah. Kerja cikgu.. Tapi duit simpanan boleh tahan jugak banyaknya. Aku tau sebab selalu tolong dia bank in duit atau keluarkan duit dia..

Walaupun kerja cikgu je.. Pergi haji dah dua kali. Pernah pergi melancong ke Jordan dan Syria siap support aku sekali sebagai pemandu pelancong, huhuhu.. Rumah ada, tanah pun ada. Loan yang ada hanyalah loan rumah je.. Lain dia banyak beli cash. Duit nya jugaklah selalu guna untuk baiki dan upgrade surau depan rumah..

Anak ada 8 orang. Kata dia semua dengar cakap.. Bangun pagi pun senang.. Dulu-dulu pukul 5 pagi kami adik beradik dah bangun pergi mandi pergi sekolah.. Huhuhu.. Kalau demam pun malam je, pepagi kami semua sihat balik, senang nak pergi kerja.. Rezeki duit pun murah, rezeki anak pun murah.


Okayh.. Kembali kepada topik, asalnya aku nak mintak mak doa je, sebab setiap kali aku mintak mak doa, projek Seminar Tapow A kami mesti meletop-letop. Testimoni pun dapat banyak dan gempak.. Paling besar seminar kami hari tu adalah seramai 4200 peserta di Stadium Tertutup Nilai masa bulan Mac.

So, bila aku mintak mak doa, dia suruh aku doa sendiri hari-hari, lepas solat dhuha. Walaupun mak tau doa ibu makbul untuk anaknya, dia tetap nak aku doa sendiri.

Aku yakin ini doa yang dia amalkan. Sebab dia boleh jawab spontan tiga doa ni tanpa lupa.

Memang power.

Dia kata amalkan, selalu jadi pada dia rezeki tak putus. Bila rasa duit nak habis je, mesti tetiba ada je rezeki baru masuk.

So, korang kalau rasa bagus, jom lah kita amalkan ya. Share lah bebanyak terutama suri rumah yang mahu keluarganya murah rezeki melimpah ruah. Dalam pada suami pergi kerja, kita banyakkan kirim doa dari rumah.

Ok, inilah 3 doa yang mak aku pesan tadi.

1. Doa Nabi Sulaiman yang memohon rezeki dan kerajaan yang hebat

” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ” Surah Shod, ayat 35



2. Doa yang Nabi baca masa minum air zam-zam. Kita amalkan walaupun minum air biasa

“Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penya kit”



3. Doa Nabi Muhammad sewaktu pagi yang ditulis Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar

“Ya Allah, aku bermohon pada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”



Semoga bermanfaat buat anda semua. Semoga semua murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus.

Boleh juga follow FB beliau untuk terus dapat informasi membentuk sikap positif pada anak.

Sumber : Mohamad Bin Mohshin

Subscribe to receive free email updates: